KUALA TERENGGANU – Kesemua pemain yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula musim depan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar pelaksanaan patuh syariah itu bagaimanapun hanya terpakai kepada pemain bola sepak beragama Islam. “Kita akan memastikan semua pemain memakai pakaian yang menutup aurat dalam semua perlawanan sama…










