WASHINGTON 26 Nov. – Pasukan peronda sempadan Amerika Syarikat (AS) menahan seramai 42 pendatang Amerika Tengah yang berjaya meloloskan diri ke sempadan negara itu dari selatan Mexico. Menurut Ketua Peronda, Rodney Scott, kebanyakan yang ditahan adalah golongan lelaki namun jumlah sebenar yang berjaya lolos adalah lebih ramai daripada angka berkenaan. Mereka adalah antara kumpulan pendatang yang terpaksa berpatah balik akibat dilempar dengan gas pemedih mata dan ditembak menggunakan peluru getah…










