BERMULA sebagai perkampungan nelayan kecil kini menjadi ibu kota Kesultanan Johor, Johor Bahru ternyata telah membina warisan yang kukuh. Penampilan bandar raya moden ini disulami dengan adat lama, yang digambarkan dengan indah oleh puisi berikut: Jejak Harmoni Menelusuri laluan seindah warna vista Khazanah silam yang mengungkap bicara dan cerita Menghargai, memperingati, penuh kegemilangan Setiap pencapaian digapai dengan selaut harmoni Diresapi khazanah budaya bersendi tradisi Bersemangat, bersatu, bersama menghargai Identiti kita…









