DUBAI 20 Nov. – Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan akan menyumbang sebanyak AS$500 juta (RM2 bilion) dalam program bantuan makanan untuk Yemen. Program berkenaan diumumkan oleh Ketua Penyelia Pusat Raja Salman untuk Bantuan Kemanusiaan dan Kebajikan, Abdullah Rabeeah. Bantuan terbabit akan membantu lebih 10 juta rakyat Yemen yang sedang berdepan krisis kebuluran Tambah Abdullah, bantuan itu akan disalurkan menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan bantuan antarabangsa serta tempatan. – REUTERS/AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya