Anggota bomba diserang perusuh parah, dalam ICU - Utusan Malaysia

Anggota bomba diserang perusuh parah, dalam ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 awal pagi tadi dilaporkan cedera parah.

Pegawai Penerangan JBPM, Dzulhaimy Dahari dalam satu kenyataan berkata, anggota terbabit telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Ketua Pengarah JBPM Datuk Muhammad Hamdan Wajid dilaporkan akan melawat anggota berkenaan pagi ini.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian Online,  mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

Keadaan jentera bomba yang diserang perusuh-Media sosial
Keadaan jentera bomba yang diserang perusuh-Media sosial 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota berkenaan diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.

Anggota yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera dipercayai dipukul objek keras.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN