PERMATANG PAUH 28 Nov. – Keputusan 5D dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya langsung tidak melayakkan Nur Atiqah Nasser Shah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, anak kelahiran Kuala Muda dekat Penaga itu tidak berputus asa dan memohon mengikuti pengajian pradiploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma. Menurut Nur Atiqah, 26, ketika di peringkat diploma juga dia sering gagal dalam peperiksaan…










