PELARI terpantas negara, Khairul Hafiz Jantan berdepan tugas sengit untuk mempertahankan gelaran sebagai raja pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA Filipina 2019 di Manila tahun depan. Ia berikutan kemunculan pesaing hebat dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri yang mempunyai catatan masa sama dengan rekod 100 meter Khairul iaitu 10.18 saat (s). Bagi mengekalkan gelaran tersebut, jurulatih peribadinya, Mohd. Poad Kassim menyimpan impian untuk melihat pelari berusia 20 tahun itu menimba ilmu…










