Alif Satar puas dapat uji kemampuan diri - Utusan Malaysia

Alif Satar puas dapat uji kemampuan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – “Tidak sangka boleh habiskan cabaran ini dan ia satu pencapaian terbaik dan akan ingat sampai bila-bila”.

Demikian kepuasan yang diterjemahkan selebriti negara, Alif Satar selepas berjaya menamatkan saingan Ironman Langkawi Malaysia 70.3 killmometer (km) sebentar tadi.

Pengacara terkenal dengan rancangan Clever Girl Malaysia tersebut berjaya menamatkan saingan dengan catatan masa 6 jam 42 minit selepas kali pertama menyertai kejohanan tersebut tahun ini.

Alif mengakui hampir berputus asa pada pertengahan jalan, namun tetap teruja ekoran ia merupakan catatan yang paling bermakna buatnya dan sukar dipercayai.

“Saya agak emosional kerana ia adalah satu perkara yang sukar dipercayai apabila beraksi di Ironman 70.3km.

“Pada pertengah jalan saya rasa seolah-olah ingin berhenti kerana rasa sangat sukar meskipun ia hanyalah separuh daripada jarak sebenar.

“Fikiran memang sudah mahu berhenti namun dalam kepala saya hanya memikirkan keluarga dan alhamdulillah saya dapat menamatkannya dengan baik.

“Ia adalah catatan peribadi yang sangat baik dalam hidup saya kerana saya bukan seorang atlet profesional sebaliknya sebelum ini hanya terkenal sebagai penyanyi, pengacara dan penghibur,” katanya selepas menamatkan saingan di Hotel Meritus Pelangi, Langkawi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN