Air ketum: 8 termasuk 3 anggota polis ditahan - Utusan Malaysia

Air ketum: 8 termasuk 3 anggota polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Lapan individu termasuk tiga anggota polis ditahan dalam serbuan melibatkan penyalahgunaan ubat batuk dan air ketum di sebuah pondok membaiki kasut di Taman Desa Petaling di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, serbuan kira-kira pukul 9.30 malam itu menahan suspek berumur antara 24 hingga 54 tahun termasuk seorang wanita berumur 42 tahun.

Menurutnya, serbuan yang dibuat oleh Ketua Balai Polis Salak Selatan bersama anggotanya turut menahan tiga anggotanya dari balai sama.

“Siasatan lanjut diteruskan bagi mendapatkan maklumat berkaitan penglibatan dan aktiviti yang dijalankan. Pemeriksaan di kawasan tersebut telah menemukan sebuah buah tong ais dengan 26 botol bersaiz 1.5 milimeter berisi cecair disyaki air ketum.

“Turut ditemukan adalah sebuah kotak berisi 51 botol disyaki ubat batuk jenis Cynadryl Syrup yang anggarkan berjumlah 5,000 milimeter menjadikan jumlah rampasan bernilai RM1,200,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN