Ahmad Afif julang gelaran CP150 di Kejuaraan Cub Prix - Utusan Malaysia

Ahmad Afif julang gelaran CP150 di Kejuaraan Cub Prix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUMBA semakin meningkat naik, Ahmad Afif Amran berada dalam kelas tersendiri apabila mengesahkan gelaran sebagai juara keseluruhan CP150 perlumbaan pusingan ke­sembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Jempol, Negeri Sembilan semalam.

Meskipun menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua ia sudah memadai buat Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing itu apabila hanya memerlukan enam mata untuk dinobatkan sebagai juara untuk mengesahkan gelaran keseluruhan selepas mengumpul 200 mata pada perlumbaan pusingan kesembilan itu.

Kasma Daniel Kasmayuddin (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) yang muncul juara pada perlumbaan itu tidak berupaya untuk mengejar gelaran keseluruhan selepas dibezakan 39 mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tempat ketiga ketika ini milik rakan sepasukan Afif, Mohd. Hafiz Nor Azman dengan 116 mata.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan menghadiahkan gelaran ini kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras sepanjang musim ini. Walaupun terpaksa akur di tempat kedua pada perlumbaan ini, namun saya tetap berpuas hati menamatkan saingan dan mengesahkan gelaran di atas podium.

“Bagaimanapun saingan masih belum berakhir dan fokus kami selepas ini adalah memastikan gelaran pasukan terbaik menjadi milik pasukan kami,” ujar Afif yang pernah bergelar juara keseluruhan CP115 musim 2013.

Dalam pada itu, saingan kelas CP115 menjadi milik duo Motul Zeneos Yamaha YY Pang dengan kemena­ngan menjadi milik Fareez Afeez de­ngan masa keseluruhan 9 minit 30.509 saat (s), manakala juara ke­seluruhan, Tengku Amirul Haffirudin di kedudukan kedua, 9’30.564s.

Tempat ketiga dimenangi oleh Ha­ziq Fairues (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 9’32.163s.

Kemenangan ini juga meletakkan Fareez muncul naib juara ke­seluruhan dengan 166 mata, manakala Tengku Amirul di tangga teratas, 208 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini