KEMAMAN 15 Nov. – Pejabat Kesihatan Daerah memperlihatkan ketegasannya dalam menangani penularan wabak denggi dengan tindakan terbaharu mengenakan kompaun terhadap pemilik empat premis komersial di sini kelmarin. Setiap pemilik premis perniagaan di kawasan Taman Cukai Utama dan Binjai itu dikenakan kompaun RM500 setelah didapati berlaku pembiakan nyamuk aedes dalam persekitaran premis. Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Mohd Anuar Abd. Rahman berkata, tindakan diambil hasil operasi dua hari itu oleh sepasukan 10…










