PETALING JAYA – Seramai 64,632 rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 44 tahun diisytihar muflis sejak lima tahun lalu ekoran gagal membayar semula pinjaman termasuk perumahan, kereta, peribadi dan perniagaan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, bagi tahun ini setakat September lalu, Jabatan Insolvensi turut mengisytiharkan seramai 13,338 rakyat Malaysia muflis. Katanya, peningkatan jumlah pembiayaan peribadi juga dilihat semakin membimbangkan ketika ini. “Pembiayaan peribadi merangkumi…










