KUALA TERENGGANU 15 Nov. – Seramai 1,523 penghidap diabetes didaftarkan di negeri ini dalam tempoh 10 bulan tahun ini dengan 61.5 peratus daripada mereka merupakan golongan wanita. Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Jusoh berkata, perangkaan terbaharu itu sekali gus menjadikan keseluruhan pesakit diabetes yang didaftarkan di Terengganu sejak 2010 adalah seramai 56,277 orang. Katanya, jumlah pesakit diabetes yang kronik sehingga terpaksa menjalani amputasi juga terus meningkat saban tahun dengan 88…










