5 ditahan, dadah dirampas - Utusan Malaysia

5 ditahan, dadah dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Buka restoran selindung aktiviti pengedaran dadah. Itu yang dilakukan seorang lelaki yang merupakan dalang sindiket pengedaran dadah selepas dia dan empat lagi rakannya ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dalam lima serbuan di sekitar ibu negara dan Selangor kelmarin.

Hasil serbuan yang bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang itu, dadah dipercayai heroin dan syabu bernilai RM804,000 turut ditemukan.

Dalam pada itu, sebanyak lima kenderaan turut disita dan wang tunai RM5,865 serta pelbagai barangan kemas dirampas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sindiket ini dipercayai bergerak aktif sejak tiga bulan lalu di ibu negara, Selangor dan Perak.

Menurutnya, kesemua dadah terbabit dipercayai diperoleh dari negara jiran sebelum disimpan di dalam dua kenderaan milik seorang daripada suspek.

“Sindiket pengedaran ini dipercayai menggunakan modus ope­randi berbeza dengan meletakkan kesemua dadah di dalam ken­de­raan milik individu lain bagi menga­buri pihak berkuasa.

“Sebaik sahaja terdapat permintaan, dadah-dadah tersebut akan dibawa menggunakan ken­deraan sama ke lokasi untuk diedarkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan memberitahu, kesemua dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 10,000 pe­langgan dalam tempoh tiga bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN