BEIRUT 17 Nov. – Seramai 43 maut, kebanyakannya orang awam, dalam serangan udara tentera pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) di kubu kumpulan pengganas di timur Syria. Pemerhati Hak Asasi Syria memberitahu, 17 daripada jumlah korban itu adalah kanak-kanak di perkampungan Abu Husn di wilayah Deir Ezzor dekat sempadan Iraq. – AFP










