4 laporan polis terhadap Waytha Moorthy - Utusan Malaysia

4 laporan polis terhadap Waytha Moorthy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 23 Nov. – Empat laporan polis dibuat bagi mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung satu kenyataan dibuatnya dalam satu temu bual di luar negara yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Laporan tersebut dibuat Dewan Pemuda Pas negeri, Pemuda UMNO Bahagian Kulai dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Juwahir Amin berkata, himpunan aman itu juga bertujuan untuk membantah cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

SEBAHAGIAN daripada  ahli Pas dan UMNO serta NGO yang demontrasi aman menolak ICERD
SEBAHAGIAN daripada  ahli Pas dan UMNO serta NGO yang demontrasi aman menolak ICERD selepas membuat laporan polis di depan IPK Kulai, hari ini. – UTUSAN ONLINE

“Kenyataan Waytha Moorthy merupakan satu fitnah terhadap negara dan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama.

“Tuduhan mengatakan masyarakat India dipaksa masuk Islam dan 10,000 kuil telah dirobohkan tidak berasas dan tidak mempunyai bukti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×