31 maut ‘bom sayur’ meletup - Utusan Malaysia

31 maut ‘bom sayur’ meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PESHAWAR 23 Nov. – Sekurang-kurangnya 31 orang maut dalam satu insiden pengeboman di sebuah pasar di barat laut negara ini.

Menurut seorang pegawai kanan tempatan, Khalid Iqbal, seramai 50 lagi turut cedera dalam serangan berkenaan, dengan 17 daripadanya me­ngalami kecederaan parah.

Dalam kejadian terbabit, sebuah bom yang disorokkan di sebalik timbunan sayur rosak tiba-tiba meletup di pasar ber­kenaan yang terletak di Kalaya, bandar Orakzai.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

“Berdasarkan siasatan awal, ini merupakan bahan le­tupan yang telah diubah suai dan disorokkan dalam timbunan sayur-sayuran,” kata Khalid.

Salah seorang saksi kejadian, Shahbaz Ali berkata, dia melihat seorang budak lelaki dengan memakai topeng menunggang motosikal di kawasan tersebut sebelum letupan terbabit.

“Tiba-tiba letupan berlaku dan saya pengsan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Superintendan Perubatan Hospital di Kohat, Fazl Ur Reham berkata, kebanyakan mangsa yang cedera terkena serpihan bom.

Dalam kejadian berasingan, tiga pengebom bunuh diri menyerang ba­ngunan konsulat China di Karachi namun ditembak mati sebelum mema­suki premis berkenaan.

Sekurang-kurangnya dua anggota polis terbunuh dalam serangan terbabit.

Bunyi letupan dan tembakan kedengaran awal pagi ini di kawasan kejiranan Clifton dekat bangunan berkenaan serta asap turut kelihatan akibat letupan tersebut.

Ketua Polis Karachi, Amir Shaikh­ berkata, kesemua penye­rang itu menaiki kenderaan yang dipenuhi bahan letupan namun gagal untuk membolosi bangunan berkenaan. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×