3 sekeluarga rentung bersama - Utusan Malaysia

3 sekeluarga rentung bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PENYU – Tiga sekeluarga ditemui mati da­lam keadaan rentung selepas rumah kayu yang di­diami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Junkon, Menumbok dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, pasangan suami isteri, Yamal Suhud, 80, dan Saadah Mumin, 70, serta anak lelaki mereka, ­Ismail Yamal, 45, dipercayai sedang tidur ketika kebakaran berlaku.

Difahamkan, pasangan sua­mi isteri tersebut tidur di bahagian ruang tamu manakala anak mereka pula tidur di bilik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, sebuah jentera de­ngan kekuatan lapan anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi sebaik pihaknya mene­rima panggilan kecemasan.

Jarak antara lokasi keja­dian dengan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu ialah kira-kira 43 kilometer.

“Sebaik tiba, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman bagi memastikan kawasan sekitar selamat.

“Bagaimanapun, bomba di­maklumkan bahawa ketika kejadian terdapat tiga individu berada di dalam rumah tersebut,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×