3 kriteria bina RMB - Utusan Malaysia

3 kriteria bina RMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Nov. – Pembangunan projek Rumah Mampu Biaya (RMB) di negeri ini akan mengambil kira tiga kriteria utama sebelum dilaksanakan pada masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, kriteria berkenaan adalah pendapatan isi rumah, urba­nisasi dan senarai menunggu.

Beliau berkata, tiga kriteria itu penting bagi memastikan masalah kekurangan rumah di kawasan yang didapati mempunyai senarai menunggu tertinggi, terutamanya Johor Bahru dan Kulai dapat diatasi.

“Sebelum ini polisi tawaran dan pembahagian jenis rumah mampu milik ini dibahagikan kepada dua segmen, iaitu di dalam dan luar kawasan Iskandar Malaysia.

“Namun, kini berdasarkan tiga kriteria tersebut, iaitu pendapatan isi rumah setiap daerah, urbanisasi atau proses perbandaran dan senarai menunggu melalui e-Rumah secara dalam talian,” katanya selepas merasmikan Karnival Perumahan dan Hartanah Johor 2018 di sini, kelmarin.

Dzulkefly berkata, pihaknya juga akan membahagikan 10 daerah di negeri ini mengikut zon bagi memudahkan pelaksanaan projek berkenaan mengikut tiga kriteria yang ditetapkan.

Zon A melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai, Zon B (Batu Pahat, Muar, Segamat dan Kluang), manakala Zon C bagi daerah Tangkak, Kota Tinggi, Mer­sing dan Pontian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×