29 peratus rakyat Malaysia adalah kanak-kanak - Utusan Malaysia

29 peratus rakyat Malaysia adalah kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Pada tahun ini komposisi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun adalah 29 peratus iaitu 9.4 juta daripada jumlah penduduk di Malaysia iaitu 32.4 juta orang.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan memberitahu, bilangan kanak-kanak lelaki adalah seramai 4.85 juta berbanding perempuan iaitu 4.55 juta orang.

Sementara itu, katanya, bagi komposisi kanak-kanak yang berumur bawah umur lima tahun adalah lapan peratus atau 2.6 juta daripada jumlah penduduk Malaysia, manakala bilangan kanak-kanak lelaki serta perempuan masing-masing adalah 1.34 juta orang dan 1.26 juta orang.

“Penerbitan ini memaparkan statistik kanak-kanak terpilih sebagai asas pengukuran kualiti hidup dan kesejahteraan golongan itu di peringkat nasional serta negeri.

“Penyusunan statistik dalam penerbitan ini meliputi empat bidang utama iaitu penduduk, kesihatan, pendidikan dan perlindungan kanak-kanak yang bersumberkan data pentadbiran daripada pelbagai agensi kerajaan,” katanya, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN