ZHENGZHOU 19 Nov. – Sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam insiden buruk membabitkan 28 buah trak di sebuah lebuh raya di tengah wilayah Henan hari ini.
Kemalangan berkenaan berlaku pada pukul 7.30 pagi berdekatan stesen tol di Pingyu, bandar Zhumadian.
Menurut agensi berita Xinhua, kira-kira 13 orang dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjutan. – BERNAMA











