RABAT 19 Nov. – Sebanyak 22 orang pendatang hilang di Lautan Atlantik di luar perairan Maghribi selepas bot yang dinaiki mereka karam, semalam. Agensi berita MAP melaporkan, tiga rakyat tempatan berjaya berenang ke pantai dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa selepas bot yang dinaiki mereka mengalami masalah di selatan wilayah Tiznit. Bagaimanapun agensi itu tidak mendedahkan kewarganegaraan baki penumpang bot berkenaan dan pihak berkuasa telah memulakan siasatan berhubung insiden…