KOTA BELUD – Seorang bapa bertindak di luar kawalan apabila menetak dua anak kandungnya gara-gara berang ekoran tindakan dua beradik itu yang bergaduh sebaik mereka selesai menikmati makan malam di sebuah rumah di Kampung Rantai Rosok di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pemuda berusia 22 tahun dan adik perempuannya berusia 15 tahun masing-masing cedera pada tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh suspek berusia 50 tahun.…










