18 kereta musnah angkara perusuh - Utusan Malaysia

18 kereta musnah angkara perusuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sekurang-kurangnya 18 buah kereta, dua motosikal dan sebuah rumah kongsi dibakar dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor melibatkan sekumpulan lelaki yang diupah pemaju dengan penjaga kuil ketika proses pengambilan tanah dilakukan awal pagi semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, insiden kira-kira pukul 2.30 pagi itu turut menyebabkan tujuh lelaki cedera termasuk seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya yang patah tangan.

Katanya, susulan kejadian itu, pihaknya telah menahan 17 individu selain merampas dua bilah pedang, dua batang kayu dan dua batang paip getah.

“Jumlah kenderaan yang terbakar adalah 18 buah manakala tujuh individu yang cedera ma­sing-masing tiga lelaki Melayu, tiga lelaki India dan seorang anggota polis.

“Kita juga telah mengenal pasti dalang di sebalik kejadian ini sehingga mencetuskan kekecohan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN