16 ditahan reman - Utusan Malaysia

16 ditahan reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 27 Nov. – Sebanyak 16 lelaki termasuk tiga wakil syarikat pemaju One City Development Sdn. Bhd. (One City) yang terlibat dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya direman antara dua hingga lima hari mulai hari ini.

Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham setelah kesemua suspek berusia antara 18 hingga 49 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.

Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 bagi kesalahan me­lakukan khianat dengan api, Seksyen 148 (merusuh), Sek­syen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah), kesemuanya di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian awal pagi semalam, sekurang-kurangnya 18 buah kereta, dua motosikal dan sebuah rumah kongsi dibakar dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Su­bang Jaya melibatkan sekumpulan lelaki yang diupah pemaju dengan penjaga kuil ketika proses pengambilan tanah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, insiden kira-kira pukul 2.30 pagi  itu turut menyebabkan tujuh lelaki cedera termasuk seorang anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya yang patah tangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN