KUALA LUMPUR 1 Nov. – 11street, satu daripada platform penjualan dalam talian terkemuka di negara ini menyediakan pelbagai tawaran dan promosi menarik untuk semua bermula 29 Oktober lalu hingga 27 November ini sempena kempen 11:11.
Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Cheong Chia Chou berkata, tawaran itu bagi memenuhi kehendak 15.2 juta pelanggan dalam talian di Malaysia.
Katanya, 11street akan memulakan penjualan dengan Madness Category Sales dari 29 Oktober hingga 10 November ini yang mana pelanggan boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan pada harga yang mengejutkan.
“Sepanjang tempoh ini, produk daripada kategori Teknologi (peranti mudah alih, teknologi maklumat, barangan elektronik), Kecantikan (kesihatan dan kecantikan, fe_syen), Keluarga (barangan runcit, bayi dan kanak-kanak, kediaman dan kehidupan) serta Gaya Hidup (e-Baucar, buku, sukan, hobi dan hadiah) ditawarkan pada harga rendah yang luar biasa.
“Semua orang menggemari diskaun, khususnya dengan penurunan harga yang besar, maka penjimatan juga lebih di samping ganjaran kepada para pelanggan 11street sebagai penghargaan di atas sokongan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tempoh kemuncak kempen itu adalah Madness Heaven bermula dari 11 hingga 14 November ini dengan diskaun produk sehingga 90 peratus, jualan kilat serta tawaran di bawah RM11. Bagi menghargai para pelanggan setia, 11street akan melanjutkan tempoh jualan The Madness Continues untuk produk-produk terpilih yang ditawarkan pada harga amat kompetitif.
Chia Chou berkata, 11street sedar bahawa akhir tahun merupakan tempoh kebanyakan rakyat Malaysia akan berbelanja lebih memandangkan musim perayaan bakal tiba.
“Peka akan perkara tersebut, kami memutuskan untuk menganjurkan sebuah kempen selama sebulan untuk mengurangkan sebahagian beban yang ditanggung pelanggan dan membawakan semula elemen keseronokan dalam membeli-belah,”katanya.
Antara jenama yang mengambil bahagian termasuk Fujifilm, Nestle, Nivea, Oppo, Pentoli, PBH eStore, Pediasure, Pokka, RB Home Care, Samsung, SilkyTrend, Skechers, Soon Thye Hang, Super Malaysia, Sustagen dan Watsons.











