PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini sebelum didakwa di mahkamah esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menerusi laman sosial Telegram yang tular semalam. Menurut Lokman, notis serah diri itu telah dihantar kepada Ahmad Zahid pada pukul 1.45 petang semalam untuk beliau menghadirkan diri ke Ibu Pejabat…










