Wanita maut motosikal terlanggar lembu - Utusan Malaysia

Wanita maut motosikal terlanggar lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL 14 Okt. – Seorang wanita berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas akibat terlanggar seekor lembu di Kilometer 6 Jalan Bahau-Tampin dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 petang itu, Siti Norfatimah Borhanuldin meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis daerah, Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, mangsa bekerja di sebuah restoran makanan segera di pekan Bahau di sini dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Bukit Rokan Utara selepas selesai bekerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa cuba mengelak seekor lembu yang berada di jalan raya namun terlanggar haiwan itu dan motosikalnya terbabas.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan dalaman dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhd Nur Hishamuddin, mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Jempol dan akan dibedah siasat pagi ini.

Sementara itu, seorang rakan sekerja mangsa, Munirah Sulaiman berkata, Siti Norfatimah habis bekerja pada pukul 4 petang, namun dia pulang agak lewat kerana hujan.

“Kira-kira pukul 6 petang dia tetap berkeras mahu pulang walaupun masih hujan kerana mahu menghadiri majlis perkahwinan rakannya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini