SEPANG 29 Okt. – Seorang warga Libya berdepan hukuman gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM) dalam kejadian langgar lari di Shaftsbury Square, Cyberjaya, pertengahan bulan ini. Ahmed Abdullah Ali, 24, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori kerana dituduh membunuh Wan Amirah Wan Alias, 31, di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada pukul 7.35 malam,…










