TINGGAL tiga hari lagi untuk pengundi Port Dickson membuat pilihan pada pilihan raya kecil yang diadakan bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen dan sekali gus menjadi perdana menteri kelapan. Ia adalah perkara yang dipersetujui ketika pembentukan Pakatan Harapan iaitu sebaik Anwar keluar penjara beliau akan diberi laluan untuk menjadi ahli parlimen dan perdana menteri kelapan menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Justeru pilihan raya kecil Port Dickson adalah…










