HULU SELANGOR 9 Okt. – Seorang penganggur yang videonya tular dalam media sosial ekoran menyebabkan kanak-kanak lelaki terperangkap hampir 10 minit apabila ‘disumbat’ ke dalam mesin basuh dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang, awal bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini. Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai Majistret. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan anak saudaranya yang berusia tiga tahun ke dalam mesin basuh secara tergopoh-gopoh sehingga membahayakan keselamatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya