[VIDEO] Anwar lancar portal tuisyen percuma - Utusan Malaysia

[VIDEO] Anwar lancar portal tuisyen percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 4 Okt. – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan program tuisyen atas talian percuma, PDTuition.com hari ini.

Menurut beliau, program itu adalah atas inisiatif para ibu bapa, guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh dimanfaatkan oleh murid tahun satu sehingga pelajar tingkatan lima.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, portal itu dilancarkan di sini dan akan diperluaskan secara ke seluruh negara secara berperingkat.

“Saya harap ia akan disebar dari Perlis hingga ke Sabah.

“Pelancaran pada hari ini amat menggembirakan saya dan jadi trend baharu untuk meningkatkan pendidikan anak-anak kita,” katanya ketika berucap melancarkan PDTuition.com di sini.

Yang turut hadir, tokoh pendidikan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini