[VIDEO] 349 ditahan dalam Op Nyah 1 di Selangor, Johor - Utusan Malaysia

[VIDEO] 349 ditahan dalam Op Nyah 1 di Selangor, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Sebanyak 349 individu ditahan dalam Op Nyah 1 sejak Januari hingga kini atas pelbagai kesalahan termasuk menyeludup masuk ke dalam negara dalam Op Nyah di Selangor dan Johor sejak Januari hingga kini.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, nilai rampasan di kedua-dua lokasi itu pula mencecah RM1.2 juta.

“Di Selangor kita berjaya menahan 193 orang dan merampas rokok, arak dan bakau dengan nilai keseluruhan RM188,222,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Komander Briger Tengah, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada majlis itu, Timbalan Komander PGA Briged Tengah, Asisten Komisioner Adzhar Othman menyerahkan tugas kepada Superintendan Chew Than Soon selepas bersara wajib.

Menurut Abdul Ghani, Op Nyah 1 di Johor pula berjaya menahan 156 individu dan merampas barangan seludup bernilai RM1.01 juta.

“Antara barangan seludup yang dirampas ialah  rokok, dadah dan kenderaan yang digunakan untuk menyeludup barangan dan manusia,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini