Vertex melabur dalam Binance - Utusan Malaysia

Vertex melabur dalam Binance

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 23 Okt. – Cabang modal teroka Temasek Holdings Pte., Vertex Ventures melabur dalam pengendali platform dagangan aset digital, Binance. bagi membangunkan tukaran mata wang fiat ke kripto di Singapura.

Jumlah pelaburan oleh firma tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Binance merupakan antara platform pertukaran mata wang kripto terbesar dunia, khusus dalam mengendalikan perdagangan antara token digital diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zhao Changpeng.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pembiayaan bersama antara Vertex Ventures China serta Vertex Ventures Asia Tenggara dan India itu akan menyokong perkhidmatan pertukaran fiat ke kripto di seluruh ASEAN, menurut satu kenyataan.

Bagi Vertex, yang merupakan syarikat model teroka tertua di Asia Tenggara, pelaburan dalam pasaran kripto adalah selari dengan industri baharu itu yang sudah mula menyaksikan institusi kewangan secara perlahan-lahan menyokong projek-projek seumpama itu.

Baru-baru ini, Galaxy Digital Ventures milik Goldman Sachs Group Inc. dan jutawan Bitcoin, Mike Novogratz turut melabur dalam BitGo Holdings Inc., sebuah syarikat permulaan mata wang kripto.

Binance, sebuah syarikat berusia hanya setahun itu me­rancang untuk membolehkan pengguna me­nukar mata wang kripto kepada dolar Singapura.

Ketika lebih banyak nama-nama besar dalam industri kewangan melabur ke dalam pasaran mata wang kripto, persoalan tentang kestabilan pasaran dan ketidakpastian peraturan masih kekal.

Bitcoin telah kehilangan hampir 67 peratus daripada nilainya sejak hujung Disember tahun lalu ketika ia mence­cah paras tertinggi AS$20,000 (RM83,280). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini