TVKosmo! siar dokumentari baharu - Utusan Malaysia

TVKosmo! siar dokumentari baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – TVKosmo! semalam menyiarkan dokumentari bertajuk Legasi Terakhir: Wanita Gelang Tembaga yang memaparkan kehidupan sehari­an lima wanita di Kampung Semban, Padawan, Sarawak yang masih memakai gelang tembaga.

Wanita Bida­yuh itu merupakan kumpulan terakhir yang meneruskan tradisi unik itu.

Lima wanita etnik Bidayuh Biatah berkenaan ditemui kru TVKosmo! pada April lalu di Sarawak dan pengorbanan mereka memelihara tradisi yang berusia hampir 400 tahun itu dirakamkan dalam sebuah dokumentari berdurasi 18 minit.

Pengarah projek itu, Sahlizah Mohamed berkata, dokumentari tersebut menjalani penggambaran di sekitar Bumi Kenyalang termasuk di bandar raya Kuching, Bau dan Kota Pada­wan selama lima hari.

“Projek dokumentari ini mula dibincangkan awal tahun ini sebelum lima kru TVKosmo! pergi ke Sarawak pada penghujung Mac lepas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN