Turun beramai-ramai semasa pemilihan PKR Perlis - Utusan Malaysia

Turun beramai-ramai semasa pemilihan PKR Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Calon Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Arau, Asrul Nizan Abd. Jalil berharap kira-kira 6,000 ahli parti itu dapat turun beramai-ramai semasa pemilihan parti itu bagi peringkat negeri pada 21 Oktober ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena berkata, pada tarikh itu (21 Oktober), Pesta Air Kuala Perlis 2018 turut dianjurkan di Kuala Perlis di sini.

“Acara itu merupakan acara besar yang diadakan secara tahunan di negeri ini bagi mempertingkatkan sektor ekonomi dan pelancongan yang turut melibatkan ahli PKR.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, saya berharap mereka dapat meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk memilih pasukan parti yang mantap di Perlis,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Kosmo! melaporkan sebelum ini, pemilihan PKR 2018 di Perlis yang sepatutnya berlaku 23 September lalu terpaksa ditangguhkan pada 21 Oktober ini bagi memastikan penambahbaikan sistem e-undi dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Dalam perkembangan berkaitan, Asrul Nizan berkata, kira-kira 6,000 ahli parti itu dapat mengundi di tiga pusat pengundian merangkumi daerah Kangar, Arau dan Padang Besar.

“Bagi Kangar, proses pengundian akan dilakukan di Kompleks Belia dan Sukan Perlis. Sementara itu di Arau telah berubah lokasi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Simpang Empat, Arau dekat sini.

“Sementara itu, di Padang Besar pula pemilihan akan diadakan di Dewan Besar Felda Mata Ayer,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini