Trump ancam tutup sempadan AS-Mexico - Utusan Malaysia

Trump ancam tutup sempadan AS-Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 19 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam menghantar tentera dan menutup sempadan selatan AS sekiranya Mexico tidak menghentikan pergerakan kumpulan besar pendatang Amerika Tengah ke selatan sempadan AS-Mexico .

Ancaman Trump itu meningkatkan risiko berlaku gangguan besar terhadap perdagangan kedua-dua negara.

Sempadan AS-Mexico sepanjang 3,200 kilometer, merupakan antara laluan paling sibuk di dunia melibatkan pelbagai kegiatan termasuk perdagangan setiap hari yang mampu menjana hampir setengah trilion dolar.

“Saya harus dengan tegasnya meminta Mexico menghentikan (kadatangan) mereka dan jika ia tidak boleh dilakukan, saya akan mengarahkan tentera dan menutup sempadan kami di selatan!,” kata Trump menerusi laman Twitternya.

Menurut media tempatan, beberapa ribu pendatang Honduras minggu ini bergerak melalui Guatemala, dan ada yang cuba menyeberang ke Mexico semalam untuk masuki AS dengan tujuan melarikan diri daripada keganasan dan kemiskinan.

Sementara itu, Trump ketika perhimpunan politik di Montana mengucapkan ‘terima kasih’ kepada kerajaan Mexico kerana mereka menghentikan penghijrahan pendatang itu.

Pendatang Amerika Tengah bergerak dari Honduras melalui hutan berlumpur dan laluan kediaman dengan membawa bayi bersama-sama dengan beg galas, demikian imej yang ditunjukkan Reuters.

“Sekiranya kami gagal menyeberang ke sana, kita akan mencuba perkara yang sama sekali lagi,” kata Gustavo Perez, seorang pekerja buruh dari Honduras, ketika ditemui di sebuah tempat perlindungan di Bandar Guatemala.

“Kami berharap dengan berada dalam kumpulan besar ini, mereka membiarkan kami memasuki Amerika,” kata beliu.

Kementerian Luar Mexico dalam kenyataannya berkata, mereka akan meminta agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyelaraskan bantuan dengan kerajaan Amerika Tengah bagi menangani penduduk berstatus pelarian di sempadan selatan Mexico. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN