KUALA LUMPUR 11 Okt. – Tiga warga asing termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan seorang wanita warga Indonesia bagi maksud eksploitasi seks, bulan lalu. Warga Bangladesh, Md. Mohasin, 32, dan wanita rakan senegaranya, Lima Begun, 30, serta warga Indonesia, Bayu Prakasa Nasution, 23, didakwa bersama-sama telah memperdagangkan Dina Triana, 21, bagi maksud eksploitasi seks. Kedua-dua lelaki dan wanita itu didakwa…










