GOMBAK 3 Okt. – Tiga lelaki warga asing yang dipercayai pengedar arak tiruan di sekitar Lembah Klang ditahan dalam serbuan Op Metanol di sebuah rumah teres di Taman Desa Jaya, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kesemua suspek berumur 30-an itu ditahan pada pukul 2.45 pagi. Menurutnya, operasi itu dilakukan susulan aduan orang ramai dan siasatan pihak polis ekoran peningkatan jumlah kematian akibat keracunan…










