Tiada sesi pelakon Sotus jumpa peminat di Muzium Negara - Utusan Malaysia

Tiada sesi pelakon Sotus jumpa peminat di Muzium Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Muzium Malaysia menegaskan, tiada sesi bertemu peminat bersama dua pelakon utama drama Thailand, Sotus: The Series yang bertemakan hubungan homoseksual iaitu Krist dan Singto di Auditorium Muzium Negara di sini pada 20 Oktober ini.

PAPARAN kononnya pasangan pelakon homoseksual Thailand bakal berjumpa peminat di Muzium Negara yang tular sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata, ini kerana pihaknya tidak sesekali berkompromi dalam isu-isu yang melanggar nilai dan norma masyarakat.

Katanya, pihaknya memohon kerjasama agar orang ramai tidak mudah mempercayai dan terpengaruh dengan berita dan isu yang tidak benar tanpa mendapatkan pengesahan daripada sumber sah.

“Kami ingin menegaskan bahawa sesi bertemu peminat oleh Kissing Krist dan Singto di Auditorium Muzium Negara sebagaimana yang tular adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Berita kemunculan kedua-dua pelakon berkenaan menjadi tular dalam laman Instagram sehingga menerima pelbagai reaksi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN