DIA seorang pemuda pemalu, masih belum pandai menyusun aksara menjadi kata menjawab persoalan. Harus diakui, dia masih terlalu hijau di laman seni. Belum genap setahun mencuba nasib menabur benih seninya, Ariff Bahran bertanding di pentas program realiti, Big Stage. Kegugupannya tatkala membuat persembahan jelas terlihat. Sedikit sebanyak, kegugupan itu membunuh jiwa nyanyiannya. Getaran suara, pergerakan kaku dan lirik matanya juga tidak meyakinkan. Tidak hairan, saban minggu kritikan yang diterima bukan…










