KUALA LUMPUR 5 Okt. – Pakatan Harapan (PH) masih gagal mencari jalan penyelesaian berhubung dana politik bagi tujuan pembiayaan kepada parti-parti politik di negara ini. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ada cadangan untuk menggunakan kaedah yang digunakan di Jerman di mana kerajaan menyalurkan wang kepada parti-parti politik bagi mengelakkan rasuah namun perkara tersebut masih belum diputuskan. “Hakikatnya parti politik perlu ada pembiayaan kewangan tetapi bukanlah berbilion.Mesyuarat hari ini…










