TOKYO 7 Okt. – Seorang tentera Jepun terbunuh dalam kemalangan kereta di Filipina sewaktu menjalani latihan ketenteraan bersama tentera dari Amerika Syarikat (AS) dan Filipina. Suguru Maehara, 38, yang berpangkat sarjan Tentera Pertahanan Darat (GSDF), terbabit dalam kemalangan berkenaan pada Selasa minggu lalu. “Ini merupakan kali pertama anggota GSDF terkorban dalam latihan di luar negara,” kata jurucakap GSDF. Maehara dikatakan sedang menghantar bekalan makanan kepada anggota yang menyertai latihan itu…










