SHAH ALAM – Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah tidak bersetuju dengan tuntutan ahli gabungan FAS supaya diadakan Kongres Luar Biasa (EGM) bagi melantik keseluruhan Exco yang baharu termasuk jawatan presiden. Raja Muda Selangor bertitah, baginda terkejut apabila dimaklumkan terdapat memorandum berkenaan tuntutan itu pada 1 Oktober lepas. “Beta tidak memahami mengapa rombakan perlu dilakukan apabila kerja baharu sahaja dimulakan, lebih-lebih lagi apabila sebab yang diberikan (untuk adakan…










