WASHINGTON 10 Okt. – Taufan Michael kini amat berbahaya apabila kekuatannya meningkat kepada kategori 4 beberapa jam sebelum melanda Florida. Menurut BBC, taufan berkenaan membawa angin kencang pada kelajuan 210 kilometer sejam dan dijangka melanda Florida pada tengah malam ini. Berdasarkan skala Saffir-Simpson, kategori 4 merangkumi kekuatan angin berkelajuan sehingga 251 kilometer sejam yang boleh membawa kerosakan kepada rumah dan pokok. Lebih 370,000 orang telah diarahkan berpindah dan berada di…










