SAUDARA PENGARANG, KERAJAAN diminta melakukan kajian terperinci terhadap cadangan memansuhkan hukuman mati dalam negara kita. Ini bagi mengambil kira pandangan dari sudut agama Islam mengenai pelaksanaan hukuman mati itu sendiri. Islam membenarkan hukuman qisas serta perlaksanaan diyat. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas seperti membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan serta mencederakan dibalas dengan mencederakan. Hukuman diyat pula adalah harta yang wajib…










