KUALA LUMPUR 16 Okt. – Polis menahan reman seorang lelaki selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tembak di Persiaran Tropicana, Kota Damansara semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, suspek yang berusia 35 tahun ditahan di kawasan Tropicana Indah pada pukul 7 petang, semalam. “Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Sementara itu, mangsa tembak masih tidak sedarkan…










