ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff hari ini berangkat ke Istiadat Ziarah Makam di Makam Diraja Langgar di sini. Istiadat itu bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober depan di Istana Anak Bukit di sini. Turut berangkat Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Arif Ibni Sultan Sallehuddin; Tunku Temenggong Kedah Tan…










