LAZIMNYA, pilihan raya kecil (PRK) menjadi medan pertempuran yang sengit antara semua parti dan calon yang bertanding. Serangan peribadi, fitnah, provokasi dan pergeseran antara penyokong merupakan senario yang selalu menghangatkan suasana. Namun, PRK Parlimen Port Dickson yang bakal mencapai kemuncaknya Sabtu ini memperlihatkan situasi berbeza. Semua calon termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Harapan (PH) mengamalkan pendekatan berkempen secara bersih dan harmoni. Malah, amat jarang beliau dan calon…










