ARAU 27 Okt. – Meskipun terpaksa menguruskan empat orang anak yang masih kecil termasuk seorang daripadanya cacat penglihatan, perkara itu sama sekali tidak mematahkan semangat sepasang suami isteri di sini untuk melanjutkan pengajian, sehingga kedua-duanya berjaya bergelar graduan doktor falsafah (PhD) hari ini. Nor Zaiazmin Yahaya, 40, memperoleh PhD dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal manakala isterinya, Noraini Othman, 40, (Kejuruteraan Mikroelektronik) dalam Sidang Pertama, Istiadat Konvokesyen Kali Ke-13 Universiti Malaysia Perlis…










